PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Sunday, October 17, 2010

Dokong oh dokong ….

Masa akhir 1990an , buah dokong mendapat permintaan  tinggi . Tika tu , sekilo dalam RM8.00 . Kami kat Kedah atau utara ni kalau nak murah … pegi sempadan Siam , Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar …….. dapatlah murah sikit …… sedapnya rasa .

Ayah CA pun , dengan berkobar-kobarnya … tanam pokok dokong ni … keliling umah saja … adalah dalam 10 pokok …

Dah 5 tahun , pokok ni berbuah …..lebat ….

100_6051

Pokok kecil depan rumah ……

100_6105

100_6103

Baba ,.,,,,, atas pokok ….. nak ambil buahnya jangan bagi luka kulit pokok … nanti terencat pokok

100_6056 

Menarikkan ….

Tapi sekarang ni … bila dah ada…

tak ada pulak orang yang nak makan …

semuanya banyak alasan ….. paling popular ….sejuk … sakit urat ….

Harga dokong di pasaran pun… merudum jatuh ……

sekarang ni 3 kilo dan rm5 ……..

Dulu getah murah …. dokong mahal ….

sekarang dokong murah , getah pula mahal ……

Macam tu juga manusia …

hari ini engkau di atas …

esok belum tentu …….

Yang tentu ……….

perjalanan terakhir kita akan tamat di satu tempat … yang dalam 7 kaki lebar 3 kaki …..

3 comments:

NGINAP SRENGENGE said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam anaknda,

memang sakit urat,tapi orang muda boleh bertahan.

Ayah pantang jumpa,tetap makan.

kucingorengemok said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yang penting, sedap... kalau sakit urat boleh makan panadol pulak, hehe

jan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

my favourite, boleh makan 2kg sorang sampai tak ingat. next season, hantar ke rumah lagi yer. tenkiuuuu