PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, October 15, 2010

Harga Getah RM11.90 …. rezeki …

Dulu …. ayah CA … buka kedai getah ….

Tapi bila zaman kemelesetan ekonomi harga jatuh …..kalau tak silap akhir 70an…. awal 80-an gitu ..

impaknya… harga getah jatuh merudum …

Kedai getah ayah kena tutup …

Kedai runcit pun mengikut jejak…selepas itu ….

Hidup memang susah  tika tu ……

Masa tu ……. sapa anak penoreh getah ….dikira golongan miskin …

selalunya dapat makan free ……. bawah Rancangan Makanan Tambahan (rmt)..

Sekolah CA …… belakangnya ada kebun getah …

Sebab getah …. tak ada harga …… tak ada orang yang menoreh …

Celah2 pokok getah itulah kami main kejar 2…

Tak pun di celahan banir pokok getah tu … kami korek lubang congkak …

biji getah … dikutip  jadi …. anaknya…

kalau yang lelaki … main laga buah getah …. buah getah sapa yang paling perkasa….

Meghelit buah getah tu diasah ……

nostalgia…… kenangan ..

Semalam ……. berita mewar warkan …. harga getah melonjak hingga rm11.90 sekg ….

Alhamdulillah,  rezeki buat penoreh  …….

Penoreh getah dah naik taraf dah ….

Kadang2 rezeki Allah yang melimpah limpah ni …. adalah dugaan untuk umatnya ……..

Ayah CA pun… sahut seruan ….. tanam semula pokok getah …

DSC07301

Anak getah ayah ……… dicelahnya ……. buat projek tanam nenas

DSC07294

DSC06690

Ni pulak … pokok getah Pak Lang Hussin …abang Baba ….

Dah teruna…… tak lama lagi boleh toreh lah……

waaa….. Pak Lang …. bila mau open  table….

CA: dok kira duit syiling …………