Bermula malam ini , kita telah sama-sama dipanjangkan umur untuk menyambut ramadan al-mubarak . Marilah sama2 kita menunaikan solat terawih. Dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah …… marilah sama-sama kita merebutnya .Kerana kita tidak tahu adakah ramadan akan datang masih ada usia kita untuk menyambutnya lagi….
Sedikit info tentang Solat Terawih
Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
Hukum tarawih adalah sunat muakkad, sebaiknya berjemaah.
Waktu solat adalah selepas fardhu Isyak.
Jumlah rakaat pada zaman Rasulullah adalah 8 tetapi Khalifah Omar Al-Khattab menambahkan lagi bilangannya menjadi 20. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sebanyak 20 rakaat. Solat tarawih dilakukan dua rakaat pada setiap takbiratul-ihram.
Rukun sembahyang adalah serupa dengan rukun solat yang lain.
1 comments:
selamat berpuasa dan berterawih att...
:)
.
Post a Comment