PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, May 7, 2010

MY BELOVED MUM’S

100_5398

Cahaya cintaku tidak pernah padam buatmu. Terima kasih kerana membesarkanku ….. kerna  didikan dan kasihmu , aku berada di sini kini . Inilah ibu kesayanganku Hajah Puteh bt Hussein.

100_2800

 

Ini pula Bondaku …… Hajah Aisyah bt Othman . Kekuatan dan ketabahanannya sumber inspirasiku.

 

Bertuahkan ayahku ….. punya dua isteri yang dapat berpakat baik. Kata orang nak beristeri lebih ni …. kena ada ilmu.  Tapi Alhamdulillah kehidupan kami 8 beradik baik dan akrab. Tiada beza dan penuh kasih sayang .

1976

Inilah gambar kami 1 family tak silap aku tahun 1975. Masa tu kami baru 6 beradik.  Ayah dulu suka jalan-jalan makan angin . Bila nak ke mana…. diusungnya kami semua termasuklah kedua-dua isterinya. (kesian muka ayah …. sapalah yang buat tahana pi toreh)

Sekarang ni ……. ni keluarga besar kami ..

102_0597

Tu baru 3 family …. yang lain tak ada….. diambil masa hari raya tahun lepas  …….. kalau campur lagi 5 …. tak muat ruang ini…..

Apa-apa pun HAPPY MOTHER DAY to my beloved mum’s……..

2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam anaknda,

Susah nak cari suasana harmoni sebegini.Syukur alhamdulillah.

Selamat dunia,selamatlah di kahirat.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

correction

selamat d dunia,selamat di akhirat.

Wassalam.