Cahaya cintaku tidak pernah padam buatmu. Terima kasih kerana membesarkanku ….. kerna didikan dan kasihmu , aku berada di sini kini . Inilah ibu kesayanganku Hajah Puteh bt Hussein.
Ini pula Bondaku …… Hajah Aisyah bt Othman . Kekuatan dan ketabahanannya sumber inspirasiku.
Bertuahkan ayahku ….. punya dua isteri yang dapat berpakat baik. Kata orang nak beristeri lebih ni …. kena ada ilmu. Tapi Alhamdulillah kehidupan kami 8 beradik baik dan akrab. Tiada beza dan penuh kasih sayang .
Inilah gambar kami 1 family tak silap aku tahun 1975. Masa tu kami baru 6 beradik. Ayah dulu suka jalan-jalan makan angin . Bila nak ke mana…. diusungnya kami semua termasuklah kedua-dua isterinya. (kesian muka ayah …. sapalah yang buat tahana pi toreh)
Sekarang ni ……. ni keluarga besar kami ..
Tu baru 3 family …. yang lain tak ada….. diambil masa hari raya tahun lepas …….. kalau campur lagi 5 …. tak muat ruang ini…..
Apa-apa pun HAPPY MOTHER DAY to my beloved mum’s……..
2 comments:
salam anaknda,
Susah nak cari suasana harmoni sebegini.Syukur alhamdulillah.
Selamat dunia,selamatlah di kahirat.
Wassalam.
correction
selamat d dunia,selamat di akhirat.
Wassalam.
Post a Comment