PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, May 10, 2010

AKU & AISYAH

Ramai yang kata Aisyah ikut muka aku masa kecik . Aku pun tak tahu sangat. Ya la ….. mana la aku ingat rupa aku . Jadi duduk saja-saja aku pun editlah skit gambaq ni . Bukan edit pun cut and paste ja.

Ada la irasnya tu ……. nama pun anak dengan mak.  Bila tengok gambaq lama …. teringat dulu. Seronoknya jadi anak kampung. Takut dan gerun tu tak ada langsung. Aktiviti budak kampung , lastik  , masuk hutan ……. hutan rembia tu , boleh diredah masuk bukan untuk apa . Lastik buah rembia . Buah rembia rasa kelat2 manis. Kalau bawa kat sekolah bleh jual sebiji 5 sen.  Sedangkan …. bawah daun rembia kering tu laa…. tempat tinggal segala keturunan ular, terutama ular tedung senduk .  Tapi tak pernah plak kami terserempak ngan dia. Gamaknya dia pun takut dengan kami …….

Anak2 sekarang , semua tu bagaikan cerita lagenda . Cerita mitos saja. Mana dia nak percaya yang mak dia dulu brutal gila. Masuk hutan ……. …

Apa yang aku melalut ni …… bukan apa sesekali terkenang indahnya zaman anak2 dulu …..

balau

rumbia

Pokok dan buah Rembia pinjam dari Pak Cik Gugel …….

.

.

.

aku aisyah

Aku dan Aisyah  ……… tiada kaitan dengan Pokok Rembia atau Sagu rembia …… hahahaahaha

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HI Di sana,

Just nak tanya sikit, dimana agaknya boleh dapat buah rembia tu? Rasanya kelat sikit tapi sedap. Dah lama cari buah ni tapi tak dapat....

Thank you

时间 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

0813jejeUne basket nike air max 1 mid personne évalue: Identifié pour acquérir beaucoup plus critique au sujet du golf air jordan france magasin donc j'ai acheté ceci comme un démarreur établi asics aaron homme pour moi-même. De même, il a vraiment un buty nike air max 1 essential phantom look propre à l'adresse qui rappelle une lame. nike air jordan pas cher livraison gratuite Si la société a commencé à sortir, ils asics kayano 21 Chaussures ont été poussés par des tenues comme leur première organisation. adidas zx flux homme avis