PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Thursday, June 2, 2011

BUKIT BENDERA TRIP . . .

 

Bila datang cuti sekolah ni …

anak-anak request macam-macam ..

nak ke sini la   … situ la…

jadi semalam … baba off ….

Planning awal pagi …. nak pegi tengok Hari Ulang Tahun TUDM

Tahun ni …. dibuat di Pangkalan Butterworth .

Sekali membuta tak sedar diri …..

Dengarlah bunyi heli dengan jet  brommmm brammmm atas kepala ….

Dok buat heran …. apasal lahh depa ni awal2 pagi memekak…. heheheeh

Rupanya ada lintas hormat …… kalau tak bleh take pic …..

Jadi palnning on the spot ….. jom pi Penang …

Naik Bukit Bendera …. lepas dengar kawan kita ni FADZLI

Hari cuti …. orang ramai betul ….

Parking pun jauh …….

Tapi dah alang-alang datang ….. belasah ja lah ….

P1040126

Orang ramai ….. beratur membeli tiket …

CA ambil pakej family – RM18.00

Ada dua jenis tiket ….. untuk warganegara – kena tunjuk mykad baru dapat harga murah .

Dewasa – RM8.00 ( tanpa mykad – RM30 )- rasanya ini utk tourist

kanak-kanak – Rm4.00

P1040131

sesak orang menunngu utk naik trem …

P1040139

Trem baru ni ….. memang laju … rasanya dalam 5 – 7 minit kita dah sampai atas

Dulu kena berenti kat tengah… dan tukar trem … sekrang tak ..

terus naik ke atas ……. huuuu kecut perut gak……

P1040142

Aktiviti kat atas ni …. bergambar lah …

Boleh tengok …. sebahagian Pulau Pinang dari atas …

tapi bila dah ramai orang …. sesak nafas gak …..

Bukit Bendera ni bukan luas macam Cameron Highland …

Tapi hawa sejuk tu …. adalah rasa juga skit2 …. tak mcm dulu

zamn 80an – sejuk….kalau naik waktu pagi … pakai sweater ….

P1040161

Lepas solat …….. kami cari tempat makan

P1040166

Tempat makan agak sesak …. sebab tempat asal tengah renovation …

Makanannya – boleh tahanlah reganya …. mencekik juga laaa…

Tapi lapar punya pasal …… cekik pun cekiklah….

P1040177

P1040169

P1040179

Budak2   ni dapat teropong sorang satu … berjalan pun pakai teropong …

P1040186

Masa turun … trem dah kurang sesak…

P1040193

sedikit info ….

P1040192

Selamat tinggal Bukit Bendera …

Agenda seterusnya terjah  Balik Pulau …

Untuk apa ?????

To be continue ……

Wednesday, June 1, 2011

MEE UDANG + KETAM

 

Ada satu tengah hari …. balik dari keja

terus ke Penambang ( tempat naik ikan)

Sekali tengok ada udang dengan ketam ….

baru naik …

hidup2 lagi …….

Belasah laa….. lagi pun adik telefon nak datang …

kalau takat CA anak beranak ja ….. dah tak jalan ..

budak2 ni lagi laaa…… tak mahu dah ….

Buat mee udang je lah ….. resepi …. belasah ikut hati dan perasaan ……

tada … jadilah ini ………

DSC00330

Bahan2nya …..

1 kilo mee kuning  (celur)

bawang merah + putih + udang kering + cili kering – diblender  (A)

Seketul ubi keledek direbus – diblender (B)

udang , ketam sebanyak ykang disukai ……

sawi , kobis , daun sup , daun bawang – dipotong

tomato – dibelah ikut selera hati

2 biji telur

sos tomato , sos cili dan sos tiram – agak2

gula

garam

 

 

CARA-CARA

Tumis bahan A sehingga naik bau .

Masukkan sos tomato , cili  dan sos tiram  , gula ..

Masukkan B dan air mengikut sebanyak mana kuah yang dikehendaki

Masukkan buah tomato.

Bila mendidih pecahkan telur dan kacau

Masukkan udang + ketam + garam dan sayuran – biar mendidih sekejab .

dah siap …….

 

Last …. rasalah …. ikut sesedap yang dikehendaki.

Bubuh mee dalam pinggan dan curahkan kuah seperti yang dikehendaki ….

 

CA mohon maaf …. resepi ni ….. CA tak ada sukatan . Ikut  rasa ati ….

Pandai2lah ya…..

 

Selamat mencuba ….