Sekeping foto lama ....
Di Lebuhraya Timur Barat ...
PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....
Friday, May 31, 2013
Sunday, May 26, 2013
JOM BREAKFAST
Pagi ni cokodok bibik rasa minyak angin kayu putih ....
.
Malam tadi dia sakit kaki ..
Friday, May 24, 2013
Thursday, May 23, 2013
SELAMAT BERCUTI ...
Esok cuti ....
Nanti CA jawab beberapa pertanyaan entry sebelum ni ...
Layan lah ...kek coklat moist yang buat semalam ...
Monday, May 20, 2013
Friday, May 17, 2013
HADIAH HARI GURU
Kalut betul ..
Nak kasi bunga kat cikgu dia ..
Rabakkk poket mak ....
.
.
.
Kerana anak ....mak pejamkan matalah jugak..
Kutip duit2 skeleng hat mana jumpa ....hehehehe
Thursday, May 16, 2013
HAPPY TEACHERS DAY
Selamat Hari Guru Buat bekas2 guru saya yang paling saya sanjung
Di SK Tobiar , SMKAP Al Mashoor , MPKI , Cosmopoint ,UM dan USM .
Guru Al Quran saya Arwah Ustaz Wahab … yang mengajar mengenal setiap huruf dalam Al Quran ..
Andalah ….. insan mulia ..
yang melengkapkan diri saya menjadi seorang insan yang bergelar GURU …..
Sesungguhnya tiada kata dapat dizahirkan ….
Hanya ucapan TERIMA KASIH , CIKGU ….
.
.
Tak lupa buat teman-teman guru …..
Teman teman blogger guru …
.
.
.
.
SELAMAT HARI GURU ….
Terima kasih yang wish ….
Wednesday, May 15, 2013
LINUS & MERAIKAN KEJAYAAN …
Entry semalam tentang LINUS ….
DAn ada yang komen pening dengan band band yang ada dalam KSSR…
Tak pa… bila ada ruang nanti .. CA ceritakan bab band band tu …
.
.
.
CA nak jawab dulu tentang LINUS … sebab rasanya ramai ibubapa yang masih termanggu-manggu tak faham …
Sebab … transformasi pendidikan byk … kalau cikgu2 pun pening … apatah lagi ibubapa
Cikgu yang pergi taklimat dan kursus pun .. tak faham2 .. apatah lagi makayah yang hanya baca dan dengar berita.
k..
LINUS ….Saringan LINUS ini dilakukan pada murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3
Buat masa ini …. Hanya ada 2 matapelajaran yang disaring iaitu Bahasa Melayu dan Matematik .. ..
Bahasa Melayu disaring melalui ujian lisan bacaan dan ujian bertulis … tujuannya untuk mengelaskan murid yang menguasai membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu .
Matematik pula melibatkan ujian bertulis. Untuk mengelaskan murid yang tidak mengenal nombor dan gagal mengira peringkat asas .
Bahasa Inggeris… bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Apabila saringan ini dibuat murid yang tidak menguasai ini .. akan diberikan pendedahan dan bimbingan yang lebih . Murid yang tegar atau gagal terus …akan dimasukkan ke kelas Pemulihan Khas , untuk dipulih dan dibimbing sehingga boleh membaca dan mengira .
Objektifnya ….. pengkelasan ini dilakukan bukan untuk membezakan murid tetapi sebagai satu cara untuk menggelakkan ada murid yang tercicir dan gagal membaca , menulis dan mengira apabila masuk ke Tahun 4 .
.
.
pada ibu ibu … bapa bapa… jangan risau …..
selalunya 90% murid melepasi saringan ini. Hanya murid yang tak boleh betul betul ja.. yang sangkut. Macam kelas CA … 32 orang murid… semuanya lepas.
.
.
.
Menjadi satu acara penting … setiap bulan di sekolah ini ..
Murid tahun 6 yang cemerlang ….. akan diraikan dalam satu majlis ..
“Sarapan Bersama Guru Besar”
Diraikan oleh Guru Besar dan Guru Tahun 6 ..
Menu ringkas ..
Nasi lemak yam goreng dan teh O … simple ..
Tapi amat bermakna ….
Satu cara bagi menaikkan semangat anak-anak dalam meningkatkan prestasi mereka ..
.
.
Hari ni marathon bw blog MAMASYA …. dan Kak Q
Menyuntik semangat memasak …. semangat jee…
Jadi ka belum , belum tahu …
Tuesday, May 14, 2013
SARINGAN LINUS
Alhamdulillah .... Murid terakhir melengkapkan saringan Literasi bagi Saringan LINUS tahun 2 tahun ini.
Dan ....Alhamdulillah ....semua berjaya melepasinya ....
.
.
.
Pada ibubapa .... LINUS adalah singkatan dari LITERASI DAN NUMERASI...
.
.
Saringan ini dilakukan bagi mengesan murid yang lemah dan tidak boleh membaca dan menulis dlm bahasa melayu dan bahasa inggeris serta matematik.
.
.
Ujian bertulis dilakukan di dalam kelas sementara ujian saringan bacaan dilakukan secara individu.
.
.
Adakah cikgu diberi masa tertentu.
Oh...tidak. Cikgu hanya diberi dateline untuk siapkan.
Saringan individu ..... Pandai2lah cikgu cari waktu ....
.
.
Bertulis tak ambil masa sangat. Membaca yang ambil masa sebab ada 12 konstruk yang perlu murid lepasi.
Dan CA ambik masa hampir 2 minggu .....akhirnya selosaiiii...
Alhamdulillah ....
Monday, May 13, 2013
KUINGINKAN KETENANGAN ....
Update awal pagi sambil ...
Dengar ....guru bertugas mingguan mengupas tajuk "bersyukur"
.
.
.
.
Aku bersyukur kerna masih bernafas di atas bumi Allah ini ....
Aku bersyukur dengan nikmat kehidupan dan rezeki yang Allah kurniakan buat aku hari ini dan selama ini
Aku amat2 bersyukurrrr....
.
.
.
Alangkah indahnya ... dapat berlari-larian di celah celah tulip ni ....
Guling2 ... kehkeh keb ..
Entry bengong ...daripada tak ada entry
Friday, May 10, 2013
KEMUSYIKILAN – BAB MANDI
Kenapa … orang lelaki masuk bilik air lama …???????
Musykil …
.
.
Ada jawapan ….. cara menanganinya …
Thursday, May 9, 2013
GANTI POSA… RAMADAN DAH DEKAT
Cepat cepat … sapa yang belum …
pulun isnin .. khamis … InsyaAllah … habis ….
Wednesday, May 8, 2013
PULAU SAYAK
Indahnya senja di Pulau Sayak ..
Tahun 2013 ni … inilah pertama kali kami sampai ..
Kedai Pak Usop pun dah berubah …
Dah banyak meja dan bangku ….
siap ada pondok-pondok lagi ….
Untuk pelanggan menikmati mee udang sambil berkhayal kejor udang tepi pantai …
Mee Udang …. Udang ada yang tenggelam kat dasar mangkuk ….
Kali ni rasanya kuah adalah cair sedikit ..
Dan ada 2 ekor udang yang rasanya …kurang fresh ..
Nasi goreng udang ..
Dulu rasanya 3 ekor …sekarang dah tinggai 2…
Sangkut kat pukat kot sekor lagi ..
.
.
Semasa bayar ..
Diutarakan .. rasa tak puas hati pada tuan punya kedai ..
Alhamdulillah …. dapat feedback yang baik ….
Jadi ….. kita datang lagi lain kali …
Tuesday, May 7, 2013
MAI SECAWAN ..
PRU13 dah berlalu...
Dah malas nak cara ..nak mikir ....
.
.
.
.
.
La ni nak relax ...relax ..
Tenangkan fikiran...
Lawat2 ...blog kengkawan ...yang dah byk terlepas ...
Review blog lagi best ..
.
.
.
Tumpukan pada keja sekarang ...
.
.
Jom cicah sekut ngan kopi ooo ...