Saturday, November 26, 2011

KUIH PAU …

 

 

Hbernate lagi ….

Kenapa !!!!!

Mak mentua ada di rumah …

Jadi …. tunjuk baik lerrrrr …

 

DSC00076

Kuih Pau … kegemarannya  …

Time dia datang … baru ler saya rajin membuatnya  …

Nak resepi,  kauorang pegi sini

Cuma kali ni …. guna inti kacang merah ..

Mudah saja …

Kacang merah dalam tin diblender ..

Masukkan gula dan sedikit garam .. (rasalah …. semanis mana yang anda mahu)

Masak sampai agak2 kering …

cuma …

sambutan dari anak2 kurang menggalakkan ..

mereka lebih suka inti kacang hijau  …

.

.

.

Dan … tadi …

Mak  dan baba serta Ariff dah bertolak  pulang …

menjenguk teratak nenek kebayan

Yang hampir 3 bulan tak dijenguk ..

Baba ambil cuti khas 2 minggu …

Untuk bersama ibunya di teratak itu ….

Merealisasikan kerinduan ibu … pada rumahnya..

kami akan menyusul hari khamis nanti ..

Usai cuti baba …

Mak akan kembali dihantar ke rumah kak sulung baba  …

Sementara menunggu cuti sekolah yang akan datang …

.

.

.

Mak ….

Sentiasa menghitung cuti sekolah ..

Kerna dia tahu …

Tika itulah …. dia boleh kembali  ..

menjenguk rumahnya …

Melepas rindu ..

Melepaskan dendam …

Melepaskan segala kekusutan jiwanya …

.

.

.

Pada teratak yang dibina bersama arwah ayah

Melihat tanaman dan kampung yang telah dipugarnya …

Bersama orang yang tercinta …

Yang terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi ….

.

.

Saat yang paling indah bagi kami ..

Apabila melihat senyumannya yang tak putus2

dan wajah kepuasannya

Bila menjejak kembali rumah tuanya …

.

.

CA emosi lak …..

11 comments:

  1. Salam...
    memang emosi kalau cakap pasal ayah dan ibu ni, sebab apa yg diorg lalui , susah payah tuk membesarkan anak2...
    saya pun teremosi jugak ni baca pasal MIL cik att....

    ReplyDelete
  2. mesti mak x sabar nak balik rumahnya...:)

    ReplyDelete
  3. sedap kauih pau... tp x pandai buat

    ReplyDelete
  4. emosi gak ar..

    akak trauma nengok pau
    dah merajuk membuatnya
    asyik pancit manjang...

    ReplyDelete
  5. sedap nyer pau kcg merah....fav tau...heheh...gebunyer pau tu...nk try la...;-)

    ReplyDelete
  6. wah teremosi jugak ni. terharu rasanya. :)
    *gebu betul pau CA ni. cantik pulak tu. :D

    ReplyDelete
  7. Fadzli ~ memang bila sebut mak ayah ... memang emosi skit ..


    EU ~ banyak kenangan dan banyak anai-anai

    Liey ~ memang tak sabaq ..... pagi2 lagi lepas subuh dah bungkus baju2 dia ..

    ReplyDelete
  8. Kazathan ~ org pantang boleh makan keee


    Dalila ~ CA dulu pun kayu gak dalam masakni ... tapi lama2 try ok gak la...


    Kak Q ~ resepi dari mamafami tu ... memang menjadi .... trylah tak mengecewakan

    ReplyDelete
  9. Fieza ~ selamat mencuba

    Asmara ~ org yang di perantauan lagi emosi kan .... kala rindu pada mak ayah

    ReplyDelete