Tuesday, September 25, 2012

EG-TUKAR GURU SECARA ONLINE - USAHA SUDAH …… DOA DAN TAWAKAL …..

 

TUKAR

1. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi 

   Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP

   time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.

 

2. Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat

   penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

(copy paste dr EGTUKAR)

Alhamdulillah …. CA dah selamat isi eg-tukar dan kali ni disokong oleh bigboss my guru Besar yang sekarang ni sedang berada di Madinah ….  perjalanan untuk menunaikan haji.

 

Bulan 7 dulu memang CA ada mohon secara manual dan melalui pihak MINDEF ….. tetapi masalahnya …. Bos tak menyokong permohonan CA. Dan berita yang dapat dari rakan di KPM … permohonan CA memang tak dapat diluluskan atas kehendak  perkhidmatan. CA akur  dan faham … agak sukar sekolah melepas (bukan CA ni bagus sangat ….kerja tak tera mana pun ) atas tugasan dan  tanggungjawab sekarang. Itu saja …….

Udah kita ni org bawah ….ikut ajelah kan  . Duduk jauh2 ngan Abang Leman ni pun best gak …heheheheh

Minta apa pun dapat , request apa pun okkkk jeeeee …. hahahahahaha

Kalau dok dekat2…. faham2 ajelah …..

.

.

.

Sama2 doakan ye untuk CA ..

 

Ya Allah Ya Tuhanku , Ya Rahman , Ya Rahim ..

Kau permudahkanlah pertukaran hambamu ini …

Aminnnnn ….

7 comments: