Wednesday, June 1, 2011

MEE UDANG + KETAM

 

Ada satu tengah hari …. balik dari keja

terus ke Penambang ( tempat naik ikan)

Sekali tengok ada udang dengan ketam ….

baru naik …

hidup2 lagi …….

Belasah laa….. lagi pun adik telefon nak datang …

kalau takat CA anak beranak ja ….. dah tak jalan ..

budak2 ni lagi laaa…… tak mahu dah ….

Buat mee udang je lah ….. resepi …. belasah ikut hati dan perasaan ……

tada … jadilah ini ………

DSC00330

Bahan2nya …..

1 kilo mee kuning  (celur)

bawang merah + putih + udang kering + cili kering – diblender  (A)

Seketul ubi keledek direbus – diblender (B)

udang , ketam sebanyak ykang disukai ……

sawi , kobis , daun sup , daun bawang – dipotong

tomato – dibelah ikut selera hati

2 biji telur

sos tomato , sos cili dan sos tiram – agak2

gula

garam

 

 

CARA-CARA

Tumis bahan A sehingga naik bau .

Masukkan sos tomato , cili  dan sos tiram  , gula ..

Masukkan B dan air mengikut sebanyak mana kuah yang dikehendaki

Masukkan buah tomato.

Bila mendidih pecahkan telur dan kacau

Masukkan udang + ketam + garam dan sayuran – biar mendidih sekejab .

dah siap …….

 

Last …. rasalah …. ikut sesedap yang dikehendaki.

Bubuh mee dalam pinggan dan curahkan kuah seperti yang dikehendaki ….

 

CA mohon maaf …. resepi ni ….. CA tak ada sukatan . Ikut  rasa ati ….

Pandai2lah ya…..

 

Selamat mencuba ….

7 comments: