Tuesday, February 22, 2011

YA ALLAH, KABULKAN DOA KAMI ….

 

Pagi ini bersiaran dari rumah .

CA tak pergi kerja …

baba pun ambil cuti …

keadaan MIL agak membimbangkan ……

Baba …. pagi2 tadi bergegas hantar Ashraff dan Ariff ke sekolah

dan terus ke klinik … untuk berbincang dengan doktor ….

Rawatan yang terbaik untuk mak ….

CA ….. menemankan mak ….. risau ..

Tak berani meninggalkan mak dalam jagaan pembantu rumah  …..

Pagi ni …. aku

selepas dia bersarapan dengan bubur nasi …

Aku mandikan dia ….  shampookan kepalanya ..

gosokkan sabun di badannya … dengan deraian air mata ..

Dia tetap dengan ayatnya “tak apa …. mak boleh buat sendiri”  walaupun dengan keadaan fizikalnya yang dah tak mampu …. hatta memegang batang paip pun dengan mengigil2….

Selepas dilap badannya …..

Dengan pembantu …. kami mengangkatnya 

…. dan aku sisir rambutnya

yang sudah tinggal sejemput …… (air mataku bergenang lagi)

dan biarkan dia bersolat dhuha dengan tenang …..

MIL CA ni …… walau bagaimana keadaan pun …. dia tetap nak bersolat …

ALhamdulillah ….. solat itu adalah satu kekuatan jiwa …

Doa kami adik beradik …. mak akan kembali stabil

Ya Allah …. sambutlah doa kami  Ya Allah ….

Amin ….

16 comments:

  1. semoga nenek diberikan kekuatan~~

    ReplyDelete
  2. Jagalah dia chik Att, MIL pun cam mak kita sendiri.Bagus makcik tengok ko ni seorang menantu yang baik, setengah orang susah nak jaga mertua.kat sini susah tak pe, nanti kat sana balasan baik menunggu.

    ReplyDelete
  3. amin..moga mil CA cepat sembuh..
    insyaallah lebih2 lagi dijaga oleh menantu dengan baik..

    ReplyDelete
  4. moga mil CA cepat sembuh dan didlm lindungan ALLAH selalu.. dan moga CA sefamily tabah dgn dugaan ini.. AMINNN...

    ReplyDelete
  5. salam chit att,

    Amin.....insyaallah doa dimakbulkan.

    ReplyDelete
  6. moga diberikan kekuatan untuk mak.. suatu ketika nanti kita juga begitu..

    ReplyDelete
  7. mak mertua aku dulu lepas kami kawen 5 bulan, dia pi mekah buat umrah..

    sebelum tu dia saket asma..ada hari dia sampai tak bleh bangun..

    pastu nak gak pi mekah, kami semua tak bagi, sebab bimbang..

    dah dia nak jugak2, last2 semua setuju dia pi dengan pak mertua aku..

    last - meninggal di mekah..

    sebab dia kata masa bincang-bincang tu - aku nak pi mati di sana, tak kacau anak menantu..

    doa dia termakbul..

    ReplyDelete
  8. insyaallah.. moga mil cik att sihat segera.. dan harap banyak bersabar.. menjaga org yg sedang uzur nih mmg merumitkan..

    ReplyDelete
  9. -kalau boleh, sentiasa gerakkan anggota badan dia yang lemah akibat stroke tu..ini sebagai physio..

    -berbaktilah kepada mereka, selagi hayat masih ada.

    ReplyDelete
  10. iols doakan moga MIL CA sihat kembali...
    sedih hoccay iols baca entry CA ni...
    bergenang air mata iols!

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum..jagalah dia elok-elok Chik Att ye..saya pun berpengalaman jugak menjaga arwah MIL saya..tapi, arwahnya lagi teruk..memang tak leh bangun..buang air besar/kecil semua atas katil..wlaupun pakai pampers...orang tua tak sama macam baby...mmg banyak dugaan buat saya...saya dah buat yang termampu..dan saya harap chik att tabah ye..

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan CA...seronok tgk gambar2 kampung dlm blog ni.
    apa pun saya doakan moga2 MIL CA diberikan semula kesihatan yg baik...insyaAllah...amin.

    ReplyDelete
  13. assalam CA, moga ma in law CA kembali sihat yek!!tetiba, mokwo ingatkan mama mokwo di kampung...sobsobsob

    ReplyDelete
  14. Pada semua ~ terima kasih atas doa dan pesanan. Semoga Allah sambut doa2 kita ....

    Alhamdulillah .... selepas makan ubat yang baba bawa balik tadi .... ada perkembangan positif ....

    ReplyDelete