Sunday, January 9, 2011

ROTI CANAI & KUAH DAL


Semalam … sarapan pagi try buat . Pernah beberapa kali buat. Tapi kurang menjadi. Kali ni Alhamdulillah ….. main lempaq dalam bread maker ja… soh dia uli … Yooo lah ….. semenjak dua menjak ada benda alah ni …. cubalah ….haaa
Bahan2  dia cilok kat MYRESEPI
P1020745
Tapi meh CA … tayang gak ghesepi dia ….
Bahan-bahan ( 12-16 biji )
* 550 gm tepung gandum
* *250 gm air
* *1 egg-50gm
* *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
* *1 tsp garam-6gm
* *1 tsp butter/margerin-15gm
* 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr
15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
P1020775
KUAH DAL
P1020749
Makan dengan kuah parpu …. emmmmm sedap . Resepi pun ambik dari MYRESEPI .
CA … bedal buat dalam preasure cooker Noxxa … Amway tu saja….. 8 minit siap …..
Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Sapa nak try …sila sila ….
Kalau nak senang lagi …siap duit pegi kedai mamak….
memang ternyata kenyang perut senang ati …

5 comments: