Mama : Abang bangun ……. mandi …
Aisyah : antittt antittt (bangkit )………..
Aisyah : antttiiikkkkkkkkkkk (sambil …. pukkkkkkkkkkk bubuh penampaq jepun )
Ashraff : waaaa waaaaa … Ainchah buat……….
Nama kena bagi gempak skit .
Salah satu menu yang disantap ketika berkunjung ke negara jiran baru-baru ini .
Presentation ….. ***** bintang
Rasa ……. hampeh …… ikan goreng saja …..
RESEPI
3 ketul isi tenggiri gaul dengan garam kunyit
daun bawang 1 cekak
cabai merah 3 biji
kicap cair …..
Cara :-
1. Goreng ikan hingga masak
2. Letak dalam pinggan …
3. Taburlah daun bawang yang dipotong sejengkal dan cabai merah
4. Tuang kicap cair secukup rasa
5. Bedal …….. dengan nasi putih
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sebuah sajak yang amat berkesan di hati setiap insan yang bernama guru.
SELAMAT HARI GURU buat semua guru terutama bekas2 guru2ku di SK Tobiar, Pendang , SMKAP Almashoor ,Pulau Pinang , Maktab Perguruan Kinta , Ipoh, Universiti Malaya KL , Cosmopoint KL , dan USM Pulau Pinang …. Jasa dan budi yang mendidikku menjadi seorang insan , hanya Allah yag dapat membalasnya . AL Fatihah pada guruku yang telah kembali ke sisi-Nya Allahyarham Ustaz Salleh …..
Pada rakan2 di padang-padang datar yang pernah kujejaki SMA ALhidayah , SK Bota Kanan , SK Tronoh , SK Selayang Utama dan SKBJ ……… jua pada semua rakan-rakan guruku ….
SELAMAT HARI GURU ……….
Perjuangan kita ….. tiada jalan akhirnya ….
Sejak kebelakangan ni …. aku banyak buat jejak kasih dengan geng-geng masa sekolah dulu. Bila jumpa … happening gila. Ya lah, ada tu yang dah hampir 23 tahun tak jumpa. Bila dah jumpa……. masing2 dah beranak pinak ….. dan ada yang dah bakal menimang menantu. Barulah sedaq …… dah tua aku ni …(hati tetap rasa muda…hehehehh)
Pertemuan pertama bulan 12 2009 …….. Bertemu dengan Kak Jan …. sekarang berada nun jauh di Labuan ….. Balik bercuti ……..
Di kesempatan itu …. kami berdua bertemu dengan Yumie ….. (Yusni) . Asalnya aku bertemu Yumie dalam pesbuk ….. setelah hampir 20 tahun tak tahu khabar berita …….. Geng ghaplah jingga ni…..
Hasil dari pertemuan ……. dan jelajah pesbuk kami bertemu seorag demi seorang rakan-rakan 1983-1990 . Seterus pertemuan dgn Jan , Kak Jan , Yumie dan aku di rumah Midar di Teluk Kumbar. Terkejut gila …Midar bila kami datang ……. walaupun dah dimaklumkan oleh Kak Jan …… surprise …. konon …… Bagai nak pecah rumah tepi laut dengan suara kami …….
Kemudian hari berikutnya …… kami bertemu Ana Mad di depan Masjid USM ….. yang sedang berdebar2 nak masuk periksa .
Melangkah 2010 ……. pertemuan di atur di Restoran The Original Chicken Chop ……. meriah ……
Dimeriahkan dengan kehadiran Rosni , Jan , Yumie , Hasanah dan Anisah ….
Terakhirnya bertemu dengan Eda , Dr Azura , Anisah dan Jan di KFC Seberang Jaya pada 5 mei lepas
Pic taken by webcam ……sebab tak ada org ak ambik gambar kami …. haaaaa ….. 5 orang manusia …… yang berlainan kerjaya……(hebat kawan-kawan aku ni……. bodek skit ……. pas ni ada org nak belanja)
Ini adalah rentetan ……. satu perjalanan pendek menjejaki kawan-kawan lama …… Dan pada 29 Mei ni …. satu pertemuan akan diadakan di Hotel Paradise , Tanjung Bunga yang ditaja oleh Cik Puan Hanizan (Jan)….. (bodek lagiiiii ……………. dapat bilik 1 malam cukup la……. Tak dapat deluxe room….suite pun kira ok laaaa hahahahahaa )
Pala otak dah penin ……mata dah kabur …… kena stop dah …….
Tapi jab ……
bila aku tengok gambaq…..
aku asyik pakai baju yang sama ……
itu tandanya …..
Che Att …. nak bajuuuuuuu baruuuuuuu …..
Pagi ni , sensorang ngadap pc, update blog sekolah dan … kerja2 yang berkaitan …. sambil2 dengaq Sinar Radio . Celoteh Kak Engku , SY dan Krill tentang Hari Jururawat . Haaa……… satu idea …. menarik juga , Satu idea yang menarik.
Buat Kaki Rempit ……
Hukuman kesalahan merempit
kerja amal …. di wad kecemasan dan kemalangan Hospital Besar
Kategori kerja … cuci mencuci , angkat mengangkat , bersih membersih dan hantar mayat ke rumah mayat (mayat kemalangan saja) …
Rasa-rasanya ada tak yang insaf dan surreder tak mau merempit dah ….….
hahahahaha ……. agak-agaknya objektif tercapai tak ???????
Apa pun pada semua jururawat in the world
khusus pada jururawat yang pernah merawati diri ini di Bagan Specialist Hospital dan Klinik Bersalin Muslimah ( aku masuk hospital pun …. sebab …. bersalin ….. Bab lain ..takuuuuuuuuut)
SELAMAT HARI JURURAWAT
Ramai yang kata Aisyah ikut muka aku masa kecik . Aku pun tak tahu sangat. Ya la ….. mana la aku ingat rupa aku . Jadi duduk saja-saja aku pun editlah skit gambaq ni . Bukan edit pun cut and paste ja.
Ada la irasnya tu ……. nama pun anak dengan mak. Bila tengok gambaq lama …. teringat dulu. Seronoknya jadi anak kampung. Takut dan gerun tu tak ada langsung. Aktiviti budak kampung , lastik , masuk hutan ……. hutan rembia tu , boleh diredah masuk bukan untuk apa . Lastik buah rembia . Buah rembia rasa kelat2 manis. Kalau bawa kat sekolah bleh jual sebiji 5 sen. Sedangkan …. bawah daun rembia kering tu laa…. tempat tinggal segala keturunan ular, terutama ular tedung senduk . Tapi tak pernah plak kami terserempak ngan dia. Gamaknya dia pun takut dengan kami …….
Anak2 sekarang , semua tu bagaikan cerita lagenda . Cerita mitos saja. Mana dia nak percaya yang mak dia dulu brutal gila. Masuk hutan ……. …
Apa yang aku melalut ni …… bukan apa sesekali terkenang indahnya zaman anak2 dulu …..
Pokok dan buah Rembia pinjam dari Pak Cik Gugel …….
.
.
.
Aku dan Aisyah ……… tiada kaitan dengan Pokok Rembia atau Sagu rembia …… hahahaahaha
Cahaya cintaku tidak pernah padam buatmu. Terima kasih kerana membesarkanku ….. kerna didikan dan kasihmu , aku berada di sini kini . Inilah ibu kesayanganku Hajah Puteh bt Hussein.
Ini pula Bondaku …… Hajah Aisyah bt Othman . Kekuatan dan ketabahanannya sumber inspirasiku.
Bertuahkan ayahku ….. punya dua isteri yang dapat berpakat baik. Kata orang nak beristeri lebih ni …. kena ada ilmu. Tapi Alhamdulillah kehidupan kami 8 beradik baik dan akrab. Tiada beza dan penuh kasih sayang .
Inilah gambar kami 1 family tak silap aku tahun 1975. Masa tu kami baru 6 beradik. Ayah dulu suka jalan-jalan makan angin . Bila nak ke mana…. diusungnya kami semua termasuklah kedua-dua isterinya. (kesian muka ayah …. sapalah yang buat tahana pi toreh)
Sekarang ni ……. ni keluarga besar kami ..
Tu baru 3 family …. yang lain tak ada….. diambil masa hari raya tahun lepas …….. kalau campur lagi 5 …. tak muat ruang ini…..
Apa-apa pun HAPPY MOTHER DAY to my beloved mum’s……..
Pokok Pisang …….
Buah …. boleh makan
daun …. boleh bungkus nasi lemak
Jantung … sedap buat kerabu ……
Batang …….. buat …
Orang utara kata ……. Gulai batang pisang ….. campur ngan daging cincang …..
memang ….. tangkap leleh ……
Waaaaa……. nak makan gulai batang pisang ……..
Pagi adalah penentu perjalanan hari ini. Betul ke aku ni . Ya lah …kalau waktu pagi dah naik angin macam dah sarapan ngan ibu tebuan dah tentu … hancur kegembiraan dan kebahagiaan hari inikan. Buat apa pun tak jadi …. buat apa pun tak seronok ……
banyak-banyaklah …. senyum…
org tengok pun suka ….
kita pun suka…..
Hari ini …. kita bina ruang kebahagiaan … dan kegembiraan ..
Tapi ….
jangan senyum cam ni dah la……
Lamanya rasa tak menjenguk ke sini ……… sekarang dah masuk musim bertenang ..
jadi …
…
…
Boleh dah berblogging gila-gila …….