PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, June 25, 2010

BENGKANG PANDAN

Dah lama dok teringin nak makan benda ni. Nak buat bukan susah pun. Tunggu ghajin  ja….. jadilah juga….. sedap….Resepi cilok kengkawan dalam FP. Thank bebanyak …..
102_5207
Gambar dalam oven……. Keluar oven dah kena bedal. Makan panas-panas … memang sedap ….

RESEPI
Bahan-bahan
* 1 cup gula
* 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
* 2 cups tepung gandum
* 2 1/4 cups santan (atau 1 can santan-450ml )
* 2 tbs butter
* 3 biji telur
* 1/2 tsp garam
* colour hijau
* bijan
Cara-cara
1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. Tuang dalam loyang …. bakar  180c selama 45 minit . Tabur bijan dan bakar lagi 30 minit . Kalau nak garing sikit lagi tambah lagi 15 minit.

Thursday, June 24, 2010

TOBIAR GOLD – MEMPELAM CHOKANAN

Satu produk tempatan kampungku ….  Dulu sebut saja Tobiar  , orang pelik semacam ja.  Nama pelik.  Orang tua-tua panggil Tubir . Orang Kedah sebut Tobiaq. Apa pun aku tetap bangga dengan nama dia , walaupun ladang mangga ni bukan aku punya. Kalau aku yang punya lagi … bangga tahap gaban laaa…. mau canang satu Malaysia hahahahah …..

 DSC_0065

Ladang …..

DSC_0068 

Sekotak RM25.00

 DSC_0074

Meleleh kan…….

Makan ngan pulut pun sedap ni …….

IMG_1646

Pulut Pelam …….. masa di Hatyai  tak lama dulu ….