PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Saturday, January 29, 2011

SEBUTIR BINTANG MENGERDIP

 

Sebuah biografi ….

 

Perlu dibaca…

mungkin …. satu hari nanti …

aku akan lahir sebagai bintang sepertinya …..

kuang kuang ……..

(sambil ketuk2 pala ……. ) ………..

Friday, January 28, 2011

KELAS INKLUSIF UNTUK MURID AUTISME

 

Menjawab pertanyaan tentang apa itu kelas Inklusif …

Apa itu AUTISME bacaan lanjut ke WIKIPEDIA

Kelas inklusif adalah  …..murid autisme diberi peluang menyertai sesi pengajaran & pembelajaran  di kelas arus perdana. Di sini murid akan berinteraksi bersama masyarakat sebenar dan belajar pelajaran yang ditetapkan oleh murid arus perdana seperti mate , sains , BM , English ….

Kenapa mereka harus didedahkan…

ini memberi peluang kepada pelajar autis ini keluar dari kepompomg rakan autisnya dan belajar menyertai masyarakat.

Walaupun dari segi pembelajarn , ia agak lambat tetapi sekurang-kurangnya pendedahan ini memberi ruang untuk mereke berinteraksi .

P1030224

Gambar  …. murid CA Muhammad Bakri  , murid kelas inklusif yang telah berjaya mandiri.

CA jumpa dia tadi sedang  bermain sebelum dijemput pulang ibunya. Gembira dengan topeng yang berjaya dihasilkannya sendiri.  Cantikkan topengnya … siap ditebuk lubang untuk mata …. menyergah CA yang baru keluar tandas….

Bakri ni …. boleh membaca lebih laju dan lancar berbanding beberapa orang murid yang berada di dalam kelas yang dikategorikan normal. Sering menjawab apabila ada soalan di utarakan.

“how are you Bakri ?”

‘i’m fine teacher , thank you “  

Berbahasakan … itulah soalan yang selalu CA tanya apabila bertemu dengannya. Tahun ini CA dah tak mengajar dia. 

LAgi pun CA hanya mengajar sehari 1 jam …saja. Jadi diaorang bagi kelas yang senang …. aku masuk hahahahahah …. baikkan bosss kita…..

 

Jadi pada CHE PAH . Jangan risau . Anugerah ALLAH hanya untuk orang yang terpilih ……

 

Per: segala penerangan tentang inklusif adalah berdasarkan pemahaman dan pengalaman  CA yang terlibat dengan golongan ini ….Jadi tiada berkaitan dengan data yang spesifik tepat 

Thursday, January 27, 2011

KERETA KECILKU WARNA MERAH

 

Yang mana mencapai objektif ….

1.

 P1030212

2.

P1030214

3.

P1030216

4.

P1030217

5.

P1030220

sila pilih …. tanpa bias…….

tiada hadiah disediakan …. heheheheh ….

Wednesday, January 26, 2011

KUIH PAU

Pau  ni buat hari sabtu lepas …
seperti biasalah … menantu yang baikkan …(sapa nak puji … kalu tak diri sendiri )
sentiasa memenuhi rasa anak tekak  ibu  mertua

Resepinya …seperti biasa cilok ahhhh dari MAMAFAMI
apa pun tegok gak lah resepi yang di telah diderhakan oleh CA … …

Sapa nak versi betul gi kat blog MAMAFAMI kk…..

VERSI Bahasa Melayu mengikut kekdah Ca …

PAU

4 cawan tepung gandum

220ml air

1/2 cawan  gula

1 susu teh garam

1 susu besar  double action baking powder

1 susu besar yis mauripan

3 sudu besar shortening

 

CARA (mengikut acara lemparan ke dalam Bread Maker )

1. Masukkan air .

2. Masukkan tepung  , gula , garam , baking powder , dan yis .

3. Pilih setting dough …. putarrrrrr … dah agak bercampur semua dan berketul jadi doh …. masuukkan shortening.

4. Biarkan selama 30 minit.

5. Timbang dalam anggaran 30g sebiji , bulatkan dan leperkan masukkan inti .Biarkan selama 15 minit.

6. Kukus selama lebih kurang 15 minit .

 

INTI

kacang hijau direbus  , agak kering masukkan kelapa , gula dan garam ….. arung sehingga kering .Jangan sampai hangit .

Memang sedap …. gebussss debuzzzzz ….
Selamat mencuba ……

Tuesday, January 25, 2011

WANG …….KENA BERSIH BARU BERKAT

Wang sebanyak mana pun tak cukup.
Tapi ada rasa tak ….. berkat atau tidak wang yang dalam tangan kita.
Kadang2 kita tak ada duit banyak pun….. tapi kita rasa tak terbeban mana…
senang sajaaa….. relax aja …
okkkk jeeeee …..
Kadang2 …. dapatlah duit ….. kita pun konpius .
Sekejab sangat duit ni habis ……
ada saja … yang datang … menyebabkan ia habis dan tak terasa.

Korang paham tak … apa aku cakap ni ……
Baru2 ni adalah jumpa membar yang ajak join MLM … katanya
“lubuk duit ni “…… huhhhhh lubuk kau …

Yang aku tau … lubuk ikan ….. kat situ banyak ikan dok menenang … nunggu .
Dia pun bla nblaalaala ablaala
inilah masanya …kita

huhuhh … tak yah susah2….
ni bukan … sistem ..

syarikat … bg … hadiah ..
boleh bercuti …. umrah … bagai ….Huhhhh bestnya ….
Tak yah buat kerja….. duit masuk tiap2 hari ….
huhuhhhhh …. gila …. tak keja ….. duit dapat ….
Ada kaa……. cam tu senanglah … kaki2 yang tak dak kerja kat luar … tu
yang nganggur tanam anggur ….
Aku pun kata “ napa kooo tak gi cari …. org mcm tu …..aku ni dah ada keja ….. dah ada duit ”
hehehehehe pedajal dia ….. (Sebabnya aku dah nampak muka Pak Att yang semacam ……. aku takut karang dia jadi king kong ) hahahahahahah
Jadi penutup cerita …. sebabnya malas dah aku nak layan …
“KKkk … nanti aku telefon kooo , aku interesting gak benda cam ni , ni …..” hheheheeh ayat melepas diri
Dan ….. aku pun dah lupa …. hingga hari ni … aku ada baca ini artikel kat ZAHARUDDIN.NET ….
gi lah baca sendiri ……
kalau korang tak kenal sapa Zaharuddin ni …. google je……
ok ….. mak nak pi  menyambut seruan agama , bangsa dan negara …
bye …..



*  Picture tidak ada kena mengena dgn org hidup dan mati . All the pic credit to google

Monday, January 24, 2011

LE TOUR DI LANGKAWI

Ini kira siaran langsung lah … ni

sebabnya …. ketiak aku peluh pun tak kering lagi …

jadi maskot ….. lambai bendera kat geng2 kayuh basikal ni

( depa haram tak tengok pun ….. tengok depan terus ….ja…. dok kira boleh menang ka tidak )

haaa…… kooo orang bayangkan ….

pukul 12.30 dah dikerah tunggu depan sekolah …

Alahai …. tengah panassss tuuuu ..

pukul 2.30 baru  basikal tu lalu ….

asyik tengok keta , lori , kontena jaa…. dok tour hahahaha ….

3 km lagi ke tempat penamat dari sekolah CA ……

Kesian bebudakkan … kot kalau diaorang bayaq sorang 10 hinggit ok gak ….. (yang angkat tangan tu ….. anak sapa haaaa?  heheheh  )

Dah lalu dah …….

baru geng ni … tapi ok gak… mengisilah sedikit ruang .. bagi bebudak tu seronok …

Cikgu ngalahkan anak murid … janji boleh enterprame  ……. semangat semangat …

Huawaaa…… tengaok cikgu sekolah aku …… memang kaki lepak ni …..

dah sampai dah ….. yang ditunggu ….. laju bebenor …..

 

dekat sikit …….

Dekat depan mata ….. berdesuppppp …..

Kesian mamat ni …. lepas 15 minit … baru dia lalu …sensorang diri…

mesti sedih gila ni ….. orang dah jauh ke depan ….

yang lawak tu …. org ramai ingat dah habih … pakat lintas jalan sesuka ati ….

berkejar2 polis…. heheheheh …

Kontingen last sekali …… smart jaa nampak …

tengok smart smart ni mula berangan nak jadi polis plak …

hahahahah ….. boleh ke cikgu tukar opsyen jadi polis ……. kuang kuang …

Sekian …. lintas langsung yang tak berapa langsung dari Butterworth ……

Ketiak pun dah kering …. jadi …

jom kita pi pekena nasi kandaqqqq …

Pic … kasi besaqqqqqqqq …. kasi leleh skit …..

Chow chin chowwwwww ……

APA KOOO TUDUH AKU ….

 

Hahhh …. 

kooooo tuduh aku …. mana koo tahu …

ni …. haaaa…

buktikan ……

apehal ……. tak caya kaaa……

Aku baca…. jeeee …

hahahahahaahah …. belasahlah nyahhhh

Pala otak aku dah mereng awal pagi hari ni ….

hahahahahah ……….

Sunday, January 23, 2011

GAJI …. GAJI

Hari minggu … tak ada buat apa…
poket pun dah kosong ….
nak soping2 tak boleh …..
nak makan angin … fulussss mafhishhhhhh …
maka …dengan itu ….
meh kita kira bila …dapat gaji ….
boleh plan….. macam mana nak menghabih  heheheheeh

Tapi sori …… Jadual di atas untuk org keja gomen jaaa…
Yang keja sendiri ….. keja swasta….
pandai2lah cari sendiri … heheheheheh
* pic credit tu google search …

Saturday, January 22, 2011

JOM GEGAR BLOG BEN ASHAARI

 

B

Try … abang Ben kita punya …. punya apa yaaa…

contest kot …… belasah ja lah …

Time tak ada koje ….. time blogwalking

JOM GEGAR BLOG

WAJAH KESAYANGAN HAMBA ….

 

Inilah wajah wajah kesayangan hamba ….

buah hati pengarang jantung  ..

yang kadang-kadang bikin …

my blood go upstair ……

Tapi time …diaorang tak ada …….

Aku jadi macam org gila…… sunyi wehhhhh …..

ni pic … taun lepas … time  ghajin mengedit … bagai ….

sekarang …. buka ja… PS … idea ilang …

…… dah tua gamaknya ….. emmmmm …

Friday, January 21, 2011

LOMPANG ….

 

Lompang yaa …murid-murid…

bukan lompong …

Lombong jauh sekali …. hahahahahah ….

Meh …kita menjamu mata dgn resepi lama..

Tapi  baru kali ni … tuan tanah kedaung nak buat …

Sebabnya ….

hahahahah … mak mentua adooo looohhhh ….

Org tua ….. nak makan…. kuih2 zaman dialah …

mana jalan pizza ….. kfc bagai ……

 

 

Seperti biasa …. resepi  ialah atas dasar tak sedar diri ,  mencilok dari sifu2 masakan …

Kali ni …. cilok dari PERIUKTANAH … thank Raihan …

resepinya ….seperti biasa …copy and paste …

 

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang)

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula pasir

1 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air- tapis dan sukat 1 cawan)

2 cawan air biasa

1/2 sudu teh air kapur cair

sedikit pewarna hijau

1 cawan kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan air pandan, gula, tepung dan air di dalam mangkuk. Gaul rata menggunakan 'whisk' hingga gula hancur. Tambahkan sedikit pewarna hijau ikut citarasa.

2. Masukkan air kapur dan gaul rata.

3. Panaskan pengukus dan sediakan loyang. (tak perlu di lengser) Tapiskan adunan ke dalam loyang dan kukus kuih selama 15- 20 minit. Untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang, tutup loyang dengan aluminium foil atau tuala dapur, ketika mengukus.

4. Apabila kuih masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dipotong. Boleh juga disimpan di dalam peti ais agar cepat sejuk.

5. Potong kuih dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Sedia dihidang.

*** jika loyang tidak ditutup, cedok lebihan air yang bertakung di atas kuih, sebaik dikeluarkan daripada pengukus.

 

Itu cara dari tuan resepi ….

Ini …. cara dr tuan tanah kedaung yang tak sedor diri ….

dahlah ambik resepi orang …sesuka ati tukar …. sah menderhaka tahap genius hahahahaha….

1. step 1 dicombinedkan dgn step 2 ….. pas tu lebur dalam blender  …… heheheheh senangkan..

2. step seterusnya …. guna acuan kecik … rona merah tu …. dan kukus mcm step tuan resepi …

 

Komen ….

sedap…. anak2 suka .

My MIL …. pun suka … cuma .. dia kata buat ngan tepung beras lagi best …. waaaaaaa …..

belum mencapai tahap piawai sirim …… ku kuciwa lagi………

Cuma … yang ni tak pernah komen …… semua dia bedal …

Peminat no 1 saya … hahahahahha

FRESH FROM OVEN ….

Apa dia ….. heheheheheh …
sesekali kita … bagi bekfes yang surprise sikit … heheheh
ni … haaaaa…

Comelkan …….
tayang lagi …

ini bukan baby CA …
cucu pun bukan ….
apa-apa pun …
TAHNIAH pada Masrizan dan isterinya Ida ….
rakan sekerja CA ….…. semeja …. yang lain tak ye …
karang kena kejo bini dia

Dia ni  Tecnician  ICT kat sekolah  CA … tak ada dia …..
wau ...... patah kaki … patah tangan … patah hati ….. aku jadinya

Alhamdulillah , mereka dikurniakan baby boy …
TAHNIAH  …..
CA pun tak tahu lagi nama apa…
Lahir hari jumaat lepas … pagi …  malamnya CA sampai melawat….
Kira fresh fresh lagi lah …….


tengok baby ni ….. rasa mcm nak tambah lagi jeeee ….. hawauuuuuuuuu ….
hahahahahah ……

Thursday, January 20, 2011

HAMPEHHH ……

 

Hari ni … dgn semangat berkobar2 ..

walaupun Pak Att berkali 2 pujuk aku ke SP ..

aku tolak …… aku tekad ….

nak buat …

dateline … dah lepas ……

esok nak kena merafak sembah kat Dr.Melissa

ampunnn …. ampunnnn ….. terimalah dakuuu ….huwaaaaa….

Tapi apa dah jadi ngan aku …..

.

.

.

aku buat benda lainnnnnn … hapaaa kebenda pun aku tak buat lagi …

.

.

Aku … tgk Youtubee …. waaaaaaa

TAPI PADA KENGKAWAN >>  CA jumpa video ni kat Youtube …..

Sapa yang minat buat cupcakes bleh tengok….. dia tak guna barang2 canggih manggih utk decorating…

Guna plastik bag jaa….. kat umah kita pun banyak …

Belasah  jaa…. laaaa

Bila lagi nak tunjuk skill kannnn hahahahah

Layan lah ……

CA pun dok cadang nak try ni …….

Wednesday, January 19, 2011

TRY TEST POWER GAK …..

 

Ultraman2-721261

 

entry test …

Berjaya enggak … bunuh resaksa ni   heheehhehe

PAK TONGKO …. CAKOI

Buat minggu lepas ..
Biasalah … anak2 dah besar …
shheeeheh … mak mentua ada …. kena tunjuk ghajin hahahhaah

RESEPI  seperti biasa … kita main cilok cilok . Kali kat MYRESEPI lagi …
Banyak2 gugelll … ini yang menarik ati …..
Jadi seperti biasa … CA copy paste je lah ye ….. kerja mudah …..

BAHAN-BAHANNYA
· 300g tepung gandum
· 3 sudu besar gula pasir
· 2 sudu besar mentega
· 1 biji telur
· 2 sudu teh yis
· 50-75 ml air ( CA tambah jadi 100ml )...lagi lembut
· secubit garam
· kuah
· 3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
· 4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
· garam, gula dan asam jawa
· 3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah sebaliknya
Cara-cara
1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.
2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit
3. canai pak tongko lebih kurang 1cm tebak dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda
4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.
5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati
6. Jika tak suka kuah ini bolehla di makan begitu saja ataupun cicah kari atau lain2 pencicah

Cuma CA …. bedal masuk bread maker…… koje paling senang ….

Sooo far ….. rasa dia ok …sedap..
gebus …debus…
My MIL pun suka …..Kaloo dia kata sedap …. mestilah sedapkan….

Tuesday, January 18, 2011

KELUARGA SAYA

 

Tajuk P&P minggu lepas ..

DIRI SAYA ….

Budak antar buku …..latihan

saya check …. tiba2  weiuuuuuuuuuuu ……. my blood go upstair ….

Adibbbbbbbb ….. ko nak jadi apa ni ..

Baca kuat2 ….

dengan kompiden … tanpa rasa bersalah …

“Cita-cita saya ialah menjadi basikal “

aduhhhh …. aku sesak napassssss …..

Tapi kalau yang mcm kat bawah ni …. aku terus jantungan masuk hospital mental …

 

 

Minggu depan … subtopik KELUARGA SAYA …..

 

Hero saya ….. mengancamkan  ……. (ada kena mengena keee )

.

.

. surat menyurat …. credit to google

KECELARUAN MENTAL …

 

 

*&XXXX??/?// …

pening..

sebu …

mual …

menyampahnya …

boring tahap gaban   ni……

rasa nak tembak orang pun ada ….

huhhhhh ……

Balik arghhhhh ….

Chow chin choww………

jab jab …..

.

.

.

comeeee senyum kooo hari  ni …..KOG… ( jumpa kat google)

 

 

pic … credit to google

Monday, January 17, 2011

NASI AYAM

Sila teruja …..

Kesedapannya sama …. secantik gambarnya ..
Buat sendiri tau …… cuma resepi cilok kat sini …MYRESEPI
Jadi … bagi memudahkan … pada rakan2 yang memang suka ..
jenis masakan … main campak2 ni ….. Saya turunkan resepinya di sini ….

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair

Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.

Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air

Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.
Cara-cara
  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Rasanya …… lepas ni bleh buka gerai nasi ayam
takat gerai jaa…… restoran nanti …. mampus hancus  …
Gerai tu pun ….. rasanya kalau nak tengok ada sambutan atau tidak..
Afdhalnya …..
bagi free …
mesti melimpah ruah … peminat serbu ….

KECELARUAN …..

Hummrmmmm …

Lokasi : Kelas 2K

Scene : Murid baru

Take : 4

Cikgu : Ok … faham semuakan …. salin dalam buku …..

Cikgu pun melabuh punggungnya yang mantap ke kerusi plastik …. kerusi empuk …. dah jadi tempat kucin lepak (koo kat sekolah pun … kucin ada…)

Cikgu : macha ……. mana buku ???

Budak 1 : Vikram …

Cikgu : Buku  tulis mana …

Cikgu : mana buku …..

Budak 1 : Vikram ….

Ayoyoyo ….

Cikgu : Vish … ko tanya dia vikram tu apa ….

Vish : bal bala bballala  , ciguuuu itu nama dia …

Cikgu : cakap sama dia ….. ada buku tak

Vish : … bal bal aba lahha  ayoyooooo

Cikgu : dia kata apa…..

Vish : ada ….

chiiittttttttttttt …..

Vish : cigu …. dia tak tau cakap melayu  ……  

Kanan : My jurubahasa …..

Waaaaa …… aku kena belajar Bahasa Tamil plak …..

tak apa…..

Gurukan …… ibarat lilin ….

.

.

.

.

 

Huwaaaaa …. aku sudah mau terbakarrr ….. …..

Saturday, January 15, 2011

BILA REJEKI DI DEPAN MATA…..

 

Kata pepatah … rezeki jangan ditolak

Bala jangan di cari ….

Semenjak , 2 menjak , 3 menjak …4 menjak ni ….

ada… mcm bau jaa….

Manalah nak cari …. bukan musimnya ….. daunnya  banyak looohhh …

Sekali malam tadi … sampai umah …

keluar keta jaaa….. ada bau baunya …..

nak sebut …. karang …Pak Att kato … giloooo ke apa ….

Masuk umah ….. hahhhhhhh ….. dok tergolek atas meja makan …..

benda alah niii …..

Tak lah banyak ni …… ni gambooo taun lepas …..

Sebiji jaaa….. tapi besar …(tak sempat ambik gambooo)

Disebabkan iklim …dan persekitaran …

ada insan yang tak leh bau durian  dalam umah ni …

terpaksa lah ….. dikopek masukkan dalam bekas dan masukk dalam peti sejuk …

Petang tadi …… dengan terujanya ,…..

haaaa… tadaaaaaaaaaaa….

huhhhh ……. kucin tidoqqq … rimau mengaum …….

taruk santan banyak2 bagi berenang …

huhhhhhh mabelas pat ploh kali …..

Sila teruujaaa…. dan terliurrrr ….. (pasang tanduk 4 tonjol ….)

.

.

.

.

Dedikasi pada abangku …Abg Li ..

…Terima kasih , walaupun dah pukul 11.00 mlm sanggup antar kat adiknya ….

Buah dari kebun mertuanya …. Terima Kasih Pak Cik Sahak ….. Buah luar musim ….